Saturday, 2 July 2011

SEMBELIHAN DALAM ISLAM

PENGERTIAN SEMBELIHAN:

Sembelihan ialah menyembelih binatang yang halal dengan syarat-syarat tertentu dengan menggunakan sesuatu yang tajam selain gigi, kuku dan tulang.

HUKUM SEMBELIHAN
  1. Binatang yang halal dimakan adalah wajib disemebelih.
  2. Binatang yang mati tanpa disembelih hukumnya bangkai dan haram dimakan.
SYARAT-SYARAT SAH SEMBELIHAN.
  1. Niat kerana Allah
  2. Orang yang menyembelih hendaklah beragama Islam.
  3. Binatang yang disembelih masih hidup
  4. Binatang yang halal dimakan.
  5. Binatang itu mati dengan sekali sembelihan.
  6. Putus urat halkum dan urat marikh.
ALAT SEMBELIHAN.

Parang, pisau, kapak, pedang sabit dan lain-lain.

ALAT YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENYEMBELIH
  • Gigi
  • Kuku
  • Tulang
HIKMAH SEMBELIHAN
  1. Dapat mengeluarkan semua darah binatang sembelihan dengan cepat.
  2. Dapat membezakan di antara sembelihan orang Islam dengan orang kafir.
  3. Boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat.
  4. Menjadikan sihat tubuh badan bagi orang yang memakan dagingnya.
  5. Sebagai tanda penghormatan manusia kepada makhluk ciptaan Allah.
AKIKAH

PENGERTIAN AKIKAH.


Akikah ialah penyembelihan binatang ternakan yang halal dimakan sempena kelahiran bayi dan dilakukan pada hari ke tujuh selepas kelahiran.

Daging akikah afdhal dimasak agak manis dan dihidang kepada tetamu dan disedekahkan kepada fakir miskin.

JENIS-JENIS BINATANG AKIKAH
  1. Kambing
  2. Biri-biri
  3. Lembu
  4. Unta.
SYARAT BINATANG AKIKAH.
  • Tidak mempunyai kecacatan yng boleh mengurangkan dagingnya seperti: (kaki panjang, sakit, sangat kurus, buta dan sebagainya.
  • Cukup umur iaitu:
KAIFIAT IBADAT AKIKAH.
  1. Berdoa semasa hendak menyembelih
  2. Menyembelih akikah ketika matahari sedang naik.
  3. mencukur rambut bayi selepas menyembelih.
  4. Memberi nama yang baik.
BERTAHNIK (BELAH MULUT) iaitu : menyepukan lelangit mulut dengan manisan seperti kurma atau madu. 

HIKMAT IBADAT AKIKAH.
  1. Menghayati cara Islam mensyukuri kelahiran anak/ kurniaan Allah.
  2. Melahirkan kegembiraan kerana mendapat zuriat menepati sunnah Rasulullah.
  3. Mendekatkan anak yang lahir kepada cara hidup Islam sejak awal. 
KORBAN

PENGERTIAN KORBAN

Korban ialah penyembelihan binatang ternakan yang halal dimakan sempena Aidil Adha dan hari-hari tasyrik (11, 12, 13 Zulhijjah).

HUKUM IBADAT KORBAN.
Sunat Muakad.

JENIS-JENIS BINATANG KORBAN.
  1. Biri-biri
  2. Lembu, kerbau, sapi
  3. Kambing
  4. Unta.
SYARAT BINATANG KORBAN.
  1. Tidak ada kecacatan yang boleh mengurangkan dagingya.
  2. Cukup umur.
FADHILAT KORBAN
  1. Mendapat ganjaran dan keredhaan dari Allah.
  2. Mengingati peristiwa nabi Ibrahim dan nabi Ismail.
  3. Mensyukuri nikmat Allah .

No comments:

Post a Comment